Politik

Ahmad Zahid istiqamah hadapi peluru fitnah

PRESIDEN UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kekal beristiqamah atau berpendirian teguh dalam berhadapan serangan musuh politik.

Menurutnya, serangan fitnah terhdapat dirinya dan juga serangan terhadap UMNO bukan sahaja dilakukan oleh mereka yang berada di luar parti itu tetapi juga dari dalam UMNO.

Dalam satu kenyataan ringkas di media sosial, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, dia menerima serangan peribadi secara berterusan.

Tegas Ahmad Zahid, biarpun pucuk kepimpinan UMNO cuba diruntuhkan namun benteng parti itu yang terdiri daripada akar umbi akan tetap utuh.

“Saya tetap istiqamah biarpun peluru-peluru fitnah dan roket-roket penjahanam UMNO dari setiap sudut dalaman dan luaran dihamburkan bertubi-tubi kepada saya.

“Kekuatan UMNO sebenar dari benteng-benteng di akar umbi. Biarpun pemimpin-pemimpinnya cuba dimusnahkan namun bentengnya tetap utuh,” kata Ahmad Zahid.

Ini kali pertama pemimpin utama UMNO itu mengeluarkan kenyataan berkaitan serangan yang dilakukan oleh beberapa pihak terhadap dirinya termasuk dari dalam parti.

Ahmad Zahid turut berhadapan dengan gesaan daripada beberapa pihak dari dalam UMNO agar melepaskan jawatan presiden.

Ini termasuk Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pontian, Mohd Helmi Buang, yang mahu Ahmad Zahid berehat bagi memberi peluang kepada muka-muka baharu membawa perubahan kepada parti.

Mohd Helmi berkata, pengunduran bukan bererti Ahmad Zahid atau mana- mana pemimpin lama tidak dihargai tetapi tindakan mereka itu akan dianggap sebagai berjiwa besar dan amat dihargai oleh akar umbi parti.

Senada dengannya, Ketua Pemuda Seremban, Zool Amali Hussin. Menurutnya perkara itu juga yang disuarakan oleh ahli UMNO di peringkat akar umbi terutama dalam kalangan anak-anak muda.-SM

(Visited 196 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button