Politik

Lokman Adam dipecat dari UMNO

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mendakwa telah dipecat dari parti itu.

Lokman dalam kenyataan hari ini berkata, beliau dipecat secara undi angkat tangan pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi hari ini.

Beliau, berkata, tindakan itu adalah tidak wajar kerana keputusan sedemikian perlu diserahkan oleh pengerusi-pengerusi bahagian dan bukan majlis kerja berkenaan.

Bagaimanapun Lokman berkata, beliau redha dan akan tetap setia dengan UMNO dan meneruskan perjuangan menentang Pakatan Harapan dan tali barut di dalam UMNO.

Beliau berkata, jika Datuk Seri Najib Tun Razak kembali menjadi presiden, beliau akan memohon kembali menyertai UMNO.

“Apa yang penting rancangan Zahid (Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi) untuk memaksa 3.7 juta ahli UMNO untuk mengangkat Mahathir (Tun Dr. Mahathir Mohamad) menjadi Pengerusi Pakatan Nasional telah gagal,” katanya.

Sementara itu sumber turut mengesahkan Lokman telah dipecat dari UMNO.

Lokman sebelum ini menyerang Zahid secara terbuka yang didakwa bersekongkol dengan Mahathir bagi membentuk pakatan baharu dan seterusnya membentuk kerajaan baharu.

Baca juga: Lokman Adam malu bertuankan Presiden yang lemah

(Visited 367 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button