Berita

Ikon hartanah juga hartawan meninggal dunia

HARTAWAN yang juga pemaju hartanah, Tan Sri Ting Pek Khiing meninggal dunia hari ini.
Memetik laporan portal Seehua, mendiang Pek Khiing menghembuskan nafas terakhir pada usia 75 tahun.
Berita pemergiaan mendiang telah disahkan, namun punca kematiannya masih belum dikenal pasti.
Mendiang dilahirkan di Bintangor, Sarawak pada 1945.
Mendiang terkenal kerana membina sebuah hotel di pulau peranginan Langkawi dalam tempoh 100 hari sebagai persediaan untuk Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) pada 1991.
Pek Khiing juga terkenal dengan projek mega Empangan Bakun di Sarawak.
Selain itu beliau juga sering menyelesaikan pembinaan sesuatu projek lebih awal daripada batas waktu ditetapkan.
(Visited 183 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button