Nasional

BRO Sambut Baik Keputusan NACCOL Selesaikan Isu Bekalan & Pengeluaran Makanan

Persatuan Peruncit Bumiputera (BRO) menyambut baik keputusan Kerajaan melalui Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Khas Sara Hidup Negara (NACCOL) yang terus komited menyelesaikan isu bekalan dan pengeluaran makananan terutamanya bagi ayam dan telur ayam.

Presidennya, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin mewakili pihak Persatuan turut menzahirkan ucapan penghargaan di atas keputusan Kerajaan yang membuka permit import ayam kepada semua pemegang Permit Kelulusan (AP) dan juga pembukaan AP kepada pengusaha-pengusaha pasar raya besar (hypermarket).

“Kerajaan yang prihatin rakyat juga telah menetapkan harga maksimum runcit bagi ayam standard juga dikurangkan sebanyak 20 sen yang menjadikan harga siling ayam pada RM8.90.

“Bagi memastikan penternak-penternak ayam tempatan kekal berdaya saing, BRO mengharapkan Kerajaan akan terus memastikan langkah intervensi atau pemberian subsidi yang saksama kepada mereka dapat dimuktamadkan segera,” katanya dalam satu kenyataan.

Ameer berkata demikian mengulas keputusan Kerajaan melalui NACCOL yang banyak memberi manfaat kepada rakyat dan peniaga seiring keputusan yang telah dibuat tersebut.

“Kesungguhan yang ditunjukkan oleh Kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob jelas menyatakan keseriusan beliau menangani isu kenaikan harga barangan yang berlaku sedang di peringkat global.

“Pihak Persatuan menyatakan komitmen dan usaha bagi memastikan aspirasi Kerajaan bagi memastikan kawalan harga barangan dapat dicapai,” katanya.

(Visited 201 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button