fbpx
Sukan

Liverpool muncul juara LiVARpool

PENYOKONG Liverpool pasti tahu betapa pentingnya margin kecil.

Musim lalu, walaupun rekod kelab 97 mata cukup untuk menuntut gelaran, tetapi Manchester City menamatkan dengan satu titik margin kecil.

Itu disebabkan oleh kekalahan di Etihad, ketika Reds masuk 11mm ke gawang gol lawan yang akhirnya dapat mengirim Liga Premier ke Anfield.

Oleh itu apabila VAR menjadi penentuan nasib perlawanan malam tadi menyebabkan penyokong tuan rumah berang kerana ia kelihatan sengaja untuk memberi kelebihan kepada Jurgen Klopp.

Sebenarnya, keputusan VAR oleh Simon Hooper untuk mengatasi pengadil Anthony Taylor dan membenarkan gol pembukaan Sadio Mane tidak ada kaitan dengan butiran kecil – ia adalah kesilapan yang jelas oleh pegawai itu menyatakan bola telah terkena tangan Adam Lallana sebelum jariangan dibuat.


Penyokong Wolverhampton Wanderers wajar berang apabila dalam minit kecederaan gol penyamaan Pedro Neto telah dibatalkan hanya kerana margin sangat kecil berada di kedudukan offside.

Lantas keputusan itu bukan sahaja merentap keceriaan penyokong tuan rumah yang sedang meraikan jaringan tersebut, tetapi memicu tanggapan Liverpool sengaja diberi kelebihan untuk muncul juara kali ini dengan menggunakan teknologi VAR dan sekali gus membunuh semangat bola sepak itu sendiri.

Sementara itu penyokong Chelsea dan jurulatih Frank Lampard paling gembira dengan jaringan minit-minit terakhir malam tadi untuk memastikan kemenangan ke atas Arsenal 1-2.

 

Ini termasuklah penyokong Chelsea yang turut menonton siaran langsung perlawanan itu di WTC di Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh Astro Awani.

Ini buat julung kali tontonan langsung Liga Inggeris oleh Astro Awani diadakan di WTC dan difahamkan selepas ini perlawanan Liverpool menentang Manchester United akan turut diadakan diadakan tontonan dilokasi yang sama bersama penyokong kedua-dua kelab gergasi itu.

Show More

Related Articles

Back to top button