Bola SepakSukan

Liverpool menjarakkan kedudukan, Man City dan Chelsea keciciran

LIVERPOOL menjarakkan kedudukan di tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) kepada 11 mata dengan kemenangan tipis 2-1 ke atas Brighton. Sementara Manchester City keciciran mata, dengan hanya sekadar seri dengan Newcastle.

Chelsea pula terlepas peluang untuk menyamakan kedudukan mata di tangga kedua dengan City apabila pasukan bimbingan Frank Lampard itu dikejutkan oleh West Ham di gelanggang sendiri 0-1.

Tottenham di bawah kendalian Jose Mourinho mengekalkan rentak kemenangan denga Dele Alli menjaringkan dua gol untuk menewaskan Bournemouth 3-2.

Virgil van Dijk yang berharap untuk menewaskan Lionel Messi pada anugerah the Ballon d’Or Isnin ini membuktikan dia bukan sahaja boleh menghalang golnya daripada bolos tetapi dia juga boleh menjaringkan gol. Melonjak tinggi untuk menanduk masuk bola hantaran Trent Alexander-Arnold membolehkan Liverpool mendahului 2-0 dalam tempoh 25 minit di Anfield.

Penjaga gol Liverpool, Alisson Becker dibuang padang 14 minit sebelum masa berakhir kerana memegang bola di luar petak penalti memberi ruang kepada Brighton merapatkan jaringan melaluinya kaptennya, Lewis Dunk.

Bagaimanapun dengan 10 pemain, Liverpool berjaya  mempertahankan tiga mata penuh bagi meletakkan mereka pada kedudukan yang baik untuk menang takhta liga EPL dalam tempoh 30 tahun.

“Ini sangat penting. Kami ada banyak peluang. Allison kena kad merah. Adrian masuk menggantikannya dan berjaya menyelamatkan dua percubaan.

“Budak-budak kami memberikan segala-galanya di padang. Sukar dipercayai betapa mereka mahu menang,” kata Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp.

Ketika Liverpool kini mencatatkan kemenangan biarpun bukan dalam keadaan mereka yang terbaik, City pula bukan kali pertama tercicir mata musim ini untuk menjarakkan lagi peluang mereka mempertahankan kejuaraan.

Dua kali anak-anak buah  Pep Guardiola mendahului di  St James’ Park melalui Raheem Sterling dan Kevin De Bruyne.

Tetapi, West Ham bertindak balas cepat untuk kedua-dua gol itu dengan Jetro Willems menyamakan gol jaringan  Sterling sebelum  Jonjo Shelvey memastikan pasukannya dapat satu mata melalui sepakan percuma dua minit sebelum masa tamat.

“Kami melakukan perkara yang sama yang kami lakukan untuk beberapa musim lepas. Kami cuba untuk jaringkan lebih gol. Tapi itu tidak berlaku,” kata Guardiola ekoran pasukannya gagal memanfaatkan penguasaan hampir 80 peratus.

Keciciran City itu memberi peluang kepada Chelseaa untuk menyamakan kedudukan mata dengan juara bertahan itu dan Leicestar yang akan menerima kunjungan Everton hari ini (Ahad).

Namun, Blues gagal memberikan persembahan terbaik sejak dua bulan lalu memberi ruang kepada West Ham mencatat kemenangan pertama dalam sembilan perlawanan untuk mengurangkan tekanan kepada Manuel Pellegrini.

Aaron Cresswell menjarikan gol tunggal tiga minit di babak kedua.

Tottenham pula melonjak ke tangga kelima ketinggalan enam mata di belakang Chelsesa dalam pertarungan untuk tempat keempat dengan Dele Alli menampilkan persembahan menarik untuk memastikan Jose Mourinho kekal dengan permulaan yang sempurna.

Jumlah jaringan sepatutnya lebih banyak dengan anak buah Mourinho mendahului 3-0 dengan masa berbaki 17 minutes left di mana Alli menunjukkan prestasi yang berterusan dengan satu gol di setiap separuh masa sebelum Moussa Sissoko melakukan jaringan untuk kali pertama dalam tempoh dua tahun.

(Visited 140 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button