Nasional
Trending

Saksi sahkan keluarga Raja Arab derma RM2.6b

WAKIL perundangan kepada Putera Arab dikenali sebagai Abdullah al-Koman mengesahkan empat surat tentang derma RM2.6 bilion kepada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Demikian keterangan yang diberikan oleh saksi pembelaan kesembilan kes perbicaraan SRC International Sdn Bhd melibatkan bekas Perdana Menteri itu mengesahkan kepada mahkamah.

Saksi itu yang juga Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Asisten Komisioner Mohd Nasharuddin yang terlibat dalam penyiasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB)  mengakui sememangnya ada derma dari Raja Arab bernilai RM2.6 bilion.

Ketika memberitahu mahkamah saksi itu berkata beliau ada bertemu dengan Putera Saudi, Saud Abdul Aziz di Riyadh pada November 2011.

Saud Abdul Aziz dikatakan individu yang menandatangani empat surat yang dikaitkan dengan derma berjumlah RM2.6 bilion daripada keluarga diraja Saudi kepada Najib.

Mohd Nasharuddin berkata, wakil SPRM telah pergi ke Riyadh, Arab Saudi pada 27 November 2015 untuk memastikan ketulenan empat surat yang dikaitkan dengan derma berkenaan.

“Saya telah diarahkan oleh bekas Pengarah Bahagian Pengubahan Wang Haram dan Pelucuthakan Harta (AMLFOP), Fikri Ab Rahim untuk bersama-sama dengan beliau ke Arab Saudi untuk tujuan Itu pada 27 November 2015.

“Ketika itu bersama bersama kami adalah bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki dan pegawai kanan SPRM, Mohd Hafaz Nazar,” katanya ketika pemeriksaan balas oleh peguambela Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah seperti yang dipetik daripada portal berita Malaysia Gazette.

Muhammad Shafee: Boleh beritahu mahkamah ini, siapakah Saud Abdul Aziz ini?

Nasharudin: Jika mengikut nama tertera itu, beliau orang besar dari keturunan diraja.

Muhammad Shafee: Bagaimana pula kamu tahu keturunan beliau itu?

Nasharudin: Saya tidak pasti siapa itu sebenarnya.

Muhammad Shafee: Tetapi kamu ada waktu itu dan kamu bertemu dengan beliau?

Nasharudin: Ada. Pada 29 November di sebuah rumah besar seperti istana di Riyadh. Rumah besar macam istana di situ.

Mohd Nasharuddin juga  memberitahu mahkamah bahawa Putera Saud diwakili Abdullah kerana beliau tidak boleh berbahasa Inggeris.

(Visited 392 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button