Bola SepakSukan

Liverpool akhirnya bida tawaran pertama untuk Thiago

LIVERPOOL telah mengemukakan bidaan pertama kepada Bayern Munich untuk khidmat Thiago Alcantara selepas pemain itu bersetuju dengan terma peribadi.

Pemain antarabangsa Sepanyol itu menegaskan dia tidak akan menandatangani kontrak baharu di Allianz Arena dengan perjanjian semasanya bakal tamat pada musim panas depan.

Bayern sanggup melepaskan Thiago berbanding kehilangan pemain itu tanpa mendapat sebarang imbuhan dan telah meletakkan harga sebanyak 27 juta pound (RM145 juta).

Pemain itu menyertai Bayern pada 2013, tetapi selepas tujuh tahun dia berhajat untuk mencari cabaran baharu dengan ketua kelab bersedia menjualnya.

Liverpool telah muncul sebagai destinasi ideal buat Thiago, dengan kedua-dua pihak baik kelab mahupun pemain bersetuju dengan perpindahan tersebut.

Bagaimanapun, Reds masih belum memenuhi tuntutan harga yang diletakkan Bayern dan bertekad untuk memastikan tawaran mereka diterima.

Menurut pakar perpindahan pemain, Constantin Eckner, tawaran telahpun dihantar kepada juara Jerman itu untuk khidmat Thiago.

“Thiago dan #Bayern menuntut 30 juta euro (27 juta pound), sementara tawaran yang dikemukakan Liverpool kekal dengan 25 juta pound (RM134 juta),” kata Eckner menerusi kicauannya dalam Twitter.

Juara Liga Perdana Inggeris itu hanya menyempurnakan satu pembelian, pada musim panas ini, setelah membawa masuk Kostas Tsimikas yang merupakan pemain sokongan buat Andy Robertson.

Legenda Liverpool, Graeme Souness kecewa dengan tindak-tanduk bekas kelabnya dalam jendela perpindahan.

“Masa yang sempurna untuk menandatangani pemain ialah sewaktu mereka tidak menjadi perhatian serta-merta, tetapi boleh diperkenalkan secara perlahan-lahan.

“Jadi, saya kecewa apabila Liverpool tidak berbuat demikian sedangkan mereka adalah juara bertahan Liga Perdana Inggeris dan juara dunia.

“Sebelum ini, ia menjadi dengan Fabinho dan Robertson, yang menjadi tonggak selepas beberapa bulan mempelajari sistem dan menyesuaikan diri dengan pasukan tanpa perhatian,” jelas Souness dalam The Times.

Warga Scotland itu berpendapat, sekarang adalah masa yang sesuai yang mendapatkan khidmat Thiago.

“Pemain tengah Bayern Munich, Thiago Alcantara sempuna buat Liverpool kerana dia seorang yang bekerja keras, tetapi dalam masa sama dianugerahkan bakat semula jadi dari segi teknikal.

“Dia berusia 29 tahun, tetapi masih mempunyai beberapa tahun, mungkin tiga tahun lagi untuk dia bermain di peringkat tertinggi,” ujarnya. – Daily Star – SM

(Visited 248 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button