Nasional

Mayat orang Islam dipaksa dibakar di Sri Lanka

ORANG Islam di Sri Lanka telah dipaksa membakar mayat keluarga mereka yang meninggal dunia akibat Covid-19 walaupun itu bertentangan dengan ajaran agama.

Menurut kumpulan hak asasi manusia, kerajaan telah diberi amaran bahawa tindakan itu akan dianggap penindasan kepada umat Islam yang merupakan penduduk minoriti di negara itu

Pembakaran merupakan amalah biasa di negara yang majoriti penduduknya menganut Sinhalese- Budha, tetapi jenazah umat Islam perlu dikebumikan.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), membenarkan kedua-dua kaedah iaitu pengebumian dan pembakaran digunakan untuk mangsa Covid-19.

Sri Lanka melaksanakan perintah berkurung di seluruh negara pada 21 Mac selepas 270 kes Covid-19 dikesan dan 17 maut.

Setakat ini tiga jenazah orang Islam sudah dibakar yang menyebabkan kesedihan dalam kalangan keluarga.

Bercakap dari pusat kuarantin di timur bandar Batticaloa, anak kepada salah seorang mangsa, Fayaz Yoonus memberitahu Al Arabiya bagaimana mayat bapanya dibakar.

“Apabila kami diberitahu bahawa arwah akan dibakar, saya terpaksa membiasakan diri dengan prosedur itu, saya tidak tahu di mana mahu beli keranda,” katanya.

Pada pagi berikutnya, Yoonus dibenar menziarah mayat bapanya di rumah mayat bersama abang dan abang iparnya.

Mereka dibenar menyembahyangkan jenazah sebelum mayat dibakar.

“Di luar pegawai perubatan bertanya kepada saya di hadapan media sama ada saya tidak bersetuju dengan pembakaran.

“Saya terlalu penat dan terkejut dengan apa yang berlaku. Saya tidak tahu hendak jawab apa, jadi saya beritahu mereka, saya berikan kebenaran,” katanya.

Tetapi, mayat orang Islam pertama dibakar tanpa pengetahuan keluarga.

“Ketika pembakaran, anak lelakinya sedang disoal siasat oleh pegawai penyiasat jenayah atas tuduhan menyebarkan virus apabia bila membawa bapanya untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta,” kata Shreen Saroor, aktivis hak asasi manusia yang mempunyai hubungan dengan keluarga yang terjejas.

Keputusan untuk mengharamkan pengebumian dibuat walaupun terdapat petisyen daripada peguam Sri Lanka, penasihat saintifik dan doktor.

Keputusan itu juga mengetepikan surat daripada wakil khas Pertubuhan Bangsa-Bansa Bersatu (PBB) bahawa melarang pengebumian bertentangan dengan ICCPR, iaitu perjanjian yang melindungi kebebasan berfikir dan beragama. – Al Arabiya

(Visited 276 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button