fbpx
Nasional

Lima sekeluarga rentung dalam kebakaran di Tenom

LIMA sekeluarga rentung dan seorang cedera dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Menara Pamilaan dekat Tenom, awal pagi tadi.

Mangsa yang rentung dikenali sebagai Khatijah Omar, 35, bersama tiga anaknya dua lelaki dan seorang perempuan dikenali sebagai Sakiran Sulaiman, 9, Zahid Sulaiman, 6, dan Sapura Sulaiman,3.

Seorang lagi mangsa yang rentung ialah anak saudara Khatijah, Adira Suhaila, 12.

Suami Khatijah, Sulaiman Hajar melecur di kepala dan tangan dan dihantar ke Hospital Tenom oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sabah, panggilan kecemasan diterima mengenai kebakaran itu pada jam 12.46 pagi.


Dua jentera bersama lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tenom diketuai Ketua Balai Zainal Sinsian ke lokasi kejadian sejurus kemudian.

Menurut kenyataan itu lagi kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal yang musnah sepenuhnya dan turut terbakar sebuah kereta Perodua Kelisa.

Api dapat dikawal pada 1.25 pagi dan dipadam sepenuhnya pada 3.29 pagi.

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button