Nasional

Perlu tubuh persatuan mahasiswa Orang Asli di semua universiti awam

SEMUA universiti awam perlu menubuhkan persatuan mahasiswa Orang Asli demi memelihara kebajikan mereka sepanjang pengajian di universiti.

Penasihat Persatuan Mahasiswa Orang Asli, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang juga pensyarah kanan di Jabatan Komputeran, Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK), Dr Suhazlan Suhaimi berkata kerajaan menerusi institusi pengajian tinggi senantiasa memberi ruang dan peluang kepada mahasiswa Orang Asli untuk mendapatkan akses pendidikan yang terbaik bagi meningkatkan bilangan Orang Asli yang berjaya dalam bidang pendidikan dan bukan pendidikan.

Dr Suhazlan Suhaimi

Justeru, katanya, mahasiswa Orang Asli perlu merebut peluang sewaktu berada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk menimba sebanyak mungkin ilmu dan pengetahuan bagi membolehkan mereka dapat memperolehi pekerjaan yang baik atau mencipta pekerjaan baharu setelah tamat pengajian nanti.

“Dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperolehi ini juga dapat membantu merubah kehidupan yang sebelum ini kepada yang lebih baik, malah memberi manfaat kepada masyarakat Orang Asli tentang kepentingan pendidikan. “katanya.

Dr Suhazlan dan ahli PERMOA UPSI bersama anak orang Asli di Sekolah Kebangsaan Kuala Koyan dan Sekolah Kebangsaan Lanai.

Dr Suhazlan berkata mahasiswa Orang Asli di kampus bukan sahaja perlu fokus kepada pengajian akademik sahaja, malah perlu kreatif, inovatif merancang aktiviti-aktiviti berbentuk motivasi, dan kemahiran.

Beliau berkata UPSI menjadi universiti pertama di negara ini yang menubuhkan Persatuan Mahasiswa Orang Asli (PERMOA) dan berharap persatuan seumpamanya ditubuhkan di seluruh universiti awam supaya kebajikan dan perjalanan pengajian mereka terjaga dan dibantu sebaik mungkin.

Dr Suhazlan berkata latar belakang sosio-ekonomi mereka yang hidup bersumberkan alam dan berjauhan daripada keluarga memerlukan mereka diberi perhatian.

Dr Suhazlan bersama murid orang Asli di asrama JAKOA, Rompin .

“Menerusi persatuan, mahasiswa anak orang Asli teruja dapat berkenalan dengan orang-orang hebat di universiti, meningkatkan cara berkomunikasi dalam pergaulan dengan dengan kawan-kawan dan pensyarah, memberanikan diri untuk bertanya, menyertai perbincangan kerja kursus, berdikari, malah dibimbing agar berhemah menguruskan perbelanjaan daripada biasiswa yang diberikan Jabatan kemajuan Orang Asli (JAKOA),” katanya.

“Saya teruja dengan seorang mahasiswi UPSI, Rosakina A/P Rahmat etnik suku kaum Temuan, Kampung Hulu Pareh, Karak, Pahang yang berazam menjadi pendidik dan role model kepada anak-anak bangsa orang Asli, malah yakin pada kebolehan diri demi mengubah masa depan kehidupan keluarga,” katanya.

Selain itu Muhamad Said Nizamuddin Nadim, 22, Orang Asli Kuala yang berasal dari Batu Pahat, Johor yang memiliki Diploma Sains Komputer UPSI. Kini sedang menyambung pengajian tahun kedua Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian (Perisian Pendidikan) dalam bidang Kejuruteraan Perisian di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Muhamad Said menjadi pembangun sistem berasas Laravel dan mendapat pingat emas dalam beberapa pertandingan inovasi dan Pendidikan peringkat nasional dan antarabangsa, menyertai pertandingan pitching idea yang dianjurkan oleh industri berkaitan teknologi moden, tutor mengajar dalam bidang pembangunan sistem web serta melibatkan diri dalam bidang keusahanwan dengan menubuhkan perniagaan enterprise dan bekerja kerjasama syarikat berkaitan teknologi maklumat.

Dr Suhazlan yakin apa yang dilakukan oleh kerajaan dalam memastikan komuniti etnik orang Asli memberi impak kepada sistem kehidupan mereka dan anak-anak mereka walaupun corak budaya kehidupan mereka sukar dipisahkan dari diri, namun misi mengubah kehidupan dengan mendapat didikan di institusi pengajian tinggi membuktikan pemikiran orang-orang Asli sudah jauh berubah.

Bilangan mahasiswa Orang Asli UPSI yang sedang dalam pengajian dalam pelbagai bidang adalah seramai 25 Orang iaitu 18 yang mengambil Ijazah Sarjana Muda dan tujuh orang mengambil Diploma.

 

(Visited 339 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button