Mahkamahpilihan

Lima sahabat didenda RM5,000 pukul remaja lelaki hingga cedera

Lima sahabat didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka di sini hari ini selepas mengaku bersalah merusuh dan memukul hingga mendatangkan kecederaan ke atas seorang remaja yang disyaki telah merogol kenalannya di Klebang, 10 Disember lalu.

Kesemua tertuduh, Nur Aishah Mohammad Najib 21, Muhammad Asyraf Mohd Ali, 21, Hafizul Fazrin Abdul Hakim, 22, Ahmad Thahaa Jasni, 21 dan Muhammad Safuan Mohamed Taib, 21, membuat pengakuan itu dihadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, semua tertuduh bersama-sama yang masih bebas sebagai anggota perhimpunan yang menyalahi undang-undang melakukan kekerasan oleh satu atau lebih dari mereka.

Perbuatan tersebut menyebabkan kecederaan ke atas seorang remaja lelaki berusia 17 tahun berlaku antara pukul 10.00 malam 10 Disember lalu di belakang Sekolah Menengah Kebangsaan Klebang (SMK) Besar, dalam daerah Melaka Tengah.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mengikut fakta kes, pengadu iaitu remaja lelaki berkenaan telah berjumpa dengan semua tertuduh di lokasi kejadian sebelum dipukul secara beramai-ramai oleh semua tertuduh dan rakannya yang masih
bebas kerana mengesyaki pengadu telah merogol kenalan tertuduh.

Semua tertuduh diwakili peguam, Ishak Mohd. Kari memohon mahkamah menjatuhkan denda ringan mengambil kira semua mereka mendapat pengajaran selama tempoh reman selama tiga hari selain bekerja dengan pendapatan rendah.

Timbalan Pendakwa Raya, Fiqri Hakim Zamri bagaimanapun memohon hukuman setimpal terhadap sebagai pengajaran kepada semua tertuduh dan masyarakat.

Majistret Sharda Shienha menjatuhkan semua tertuduh masing-masing didenda RM1,000 atau dua bulan penjara sekiranya gagal membayar denda. – SM

(Visited 186 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button