Nasionalpilihan

Lima pelacur wanita ditahan

POLIS menahan lima wanita yang disyaki terlibat dengan kegiatan pelacuran dalam serbuan di sebuah hotel di Jalan Pudu Ulu, Kuala Lumpur pada petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Saiful Annuar Yusoff berkata, serbuan dilakukan kira-kira pukul 4.45 petang.

“Kesemua wanita yang ditahan merupakan warga asing berusia antara 25 hingga 40 tahun.

“Turut ditahan ialah tiga orang pelanggan lelaki warganegara berusia di antara umur 20 hingga 36 tahun,” katanya.

Menurut Saiful, selain tangkapan pihaknya turut merampas 13 keping kondom, tuala (5), minyak pelincir, kad akses (5) dan wang tunai sebanyak RM1,070.

Jelasnya, kesemua tangkapan akan direman hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Dalam pada itu, pihaknya turut memberi amaran keras kepada orang ramai supaya tidak terlibat dengan apa-apa kegiatan pelacuran.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap penganjur, pemilik premis, pekerja atau pelanggan dalam usaha memerangi kegiatan pelacuran secara total di Kuala Lumpur,” katanya. -SM

(Visited 210 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button