Nasional

Lima PATI ditahan di perairan Tanjung Tuan

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Melaka dan Negeri Sembilan berjaya menahan lima pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk tekong kerana cuba menyeludup masuk ke negara ini melalui jalan yang tidak diwartakan di perairan Tanjung Tuan, Melaka, malam tadi.

Pengarahnya, Kapten Maritim Iskandar Ishak berkata, hasil maklumat pengesanan daripada radar Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) mengesan sebuah bot yang mencurigakan dari perairan Indonesia menuju ke perairan Tanjung Tuan dekat sini.

Menurutnya, sejurus mengesan kehadiran bot mencurigakan it maklumat tersebut telah disalurkan kepada sebuah aset Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan rondaan ketika itu.

“Aset Maritim tidak menghadapi masalah untuk memintas bot yang menggunakan enjin sangkut jenis Yamaha 40 kuasa kuda yang dinaiki empat PATI termasuk tekong kira-kira pukul 12.00 tengah malam di kedudukan lebih kurang 2.9 batu nautika Barat Tanjung Tuan,” ujarnya di Melaka hari ini.

Iskandar berkata, hasil pemeriksaan ke atas bot gentian kaca berwarna biru tanpa nombor pendaftaran serta menahan PATI berusia antara 21 hingga 46 tahun.

Jelasnya, sewaktu ditahan, kesemua suspek tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah dan kesemua mereka termasuk bot ditahan dan akan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/1963 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).

Mengikut statistik tahun 2022, katanya, pihaknya telah merekodkan sebanyak dua kes tangkapan di bawah Akta Imigresen dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM).

Justeru tegasnya, Maritim Malaysia sentiasa meningkatkan operasi penguatkuasaan bagi membenteras dan menyekat aktiviti jenayah rentas sempadan di perairan Melaka dan Negeri Sembilan.

Beliau juga turut meminta orang ramai menyalurkan sebarang aktiviti jenayah dan kecemasan di laut menerusi talian 06-3876730dan999 yang beroperasi 24 jam. – SM

(Visited 250 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button