NasionalPolitik

Lima parti perlu setuju jika mahu singkir Guan Eng – Dr. Mahathir

 

RAKYAT boleh menyuarakan apa sahaja pendapat mereka terhadap pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan termasuk mencadangkan supaya menteri tertentu termasuk Menteri Kewangan, Lim Guan Eng digugurkan.

Tetapi, pada akhirnya kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau akan menentukan sama ada seorang menteri itu patut digugurkan atau sebaliknya.

Keputusan beliau itu bagaimanapun katanya, tertakluk kepada persetujuan lima parti komponen yang membentuk PH yang berjaya menubuhkan kerajaan selepas pilihan raya umum Mei tahun lalu.

“Semua orang boleh nyatakan pandangan mereka tapi saya akan tentukan sama ada ia dipersetujui oleh lima parti dari gabungan kami,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemucak Kuala Lumpur di Putrajaya hari ini.
Dr. Mahathir berkata demikian ketika ditanya tentang cadangan Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man supaya Guan Eng menjadi yang pertama disingkirkan jika berlaku rombakan Kabinet.

Perdana Menteri semalam memberi bayangan akan melakukan rombakan Kabinet November tahun depan berikut kekalahan besar Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai 16 November lalu.

Menurut Perdana Menteri, beliau bertanggungjawab memenuhi desakan beberapa pihak supaya dilakukan rombakan Kabinet namun langkah tersebut perlu diperincikan kerana ia melibatkan pentabdiran negara.

(Visited 103 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button