Nasional

Lima murid positif Covid-19 Kluster Tawar

COVID-19 Kluster Tawar merekodkan lima kes baharu yang semuanya membabitkan murid sekolah rendah.

Ini menjadikan jumlah kes keseluruhan dalam kluster itu sebanyak 70 kes setakat hari ini.

Mereka dikenal pasti melalui pengesanan kes dan saringan kontak rapat dengan kes-kes positif kluster tersebut.

“Hasil siasatan mendapati mereka adalah kontak rapat kepada kes ke-9197 iaitu seorang murid prasekolah (kes ini dilaporkan pada 16 Ogos 2020).

“Sehingga 25 Ogos jam 12 tengah hari, seramai 3,547 orang disaring dalam kluster ini,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang akhbar di Putrajaya, hari ini.

Beliau memberitahu, hasil daripada siasatan mendapati punca penularan jangkitan ke atas lima murid itu berpunca daripada ibu kepada seorang mangsa.

“Sekolah berkenaan sudah ditutup dan punca penularan masih dalam siasatan. Bagaimana pun, siasatan awal mendapati jangkitan berpunca daripada ibu kepada salah seorang murid berkenaan.

“Kemungkinan anak kepada wanita berkenaan berkawan dan menjangkiti murid lain,” katanya.

Katanya, jangkitan itu membabitkan generasi ketiga dan bukan generasi pertama atau kedua.

Katanya, ketika ini pihaknya sedang menjalankan ujian saringan dan siasatan mereka terdedah dengan kanak-kanak terbabit.

“Mereka dikena lpasti melalui pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat kes positif kluster ini,” katanya. – SM

(Visited 123 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button