Nasional

Lima menteri Sarawak kena kuarantin

LIMA menteri di Sarawak diarahkan untuk kuarantinkan diri di rumah masing-masing.

Mereka termasuk dua orang Timbalan Ketua Menteri.

Bagaimanapun, Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ia tidak menjejaskan pentadbiran Sarawak.

Kesemua lima menteri terlibat katanya, masih meneruskan tugas masing-masing walaupun mematuhi perintah kuarantin 14 hari selepas mereka didapati mempunyai kontak rapat dengan seorang yang disahkan positif Covid-19.

Menurut beliau, kemajuan teknologi komunikasi masa kini membolehkan kesemua menteri terlibat meneruskan tanggungjawab mereka.

“Kami masih berhubung menggunakan teknologi… badan saja ke lain (tetapi) mereka punya hati semua sudah bekerja,” katanya dalam sidang media selepas majlis penyampaian simbolik bantuan makanan untuk penduduk luar bandar di Miri di utara Sarawak seperti yang dilaporkan oleh BERNAMA

Lima menteri negeri yang dikuarantin itu ialah Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Amar Douglas Uggah Embas; Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan; Menteri Utiliti, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom; Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.

Abang Johari berkata, sebelum ini Menteri Muda Pengangkutan, Datuk Dr Jerip Susil, disahkan positif Covid-19 dan kini menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak.

(Visited 175 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button