Nasional

Lima maut termasuk bayi dalam nahas jalan raya di Sungai Siput

LIMA maut termasuk seorang bayi dalam nahas membabitkan sebuah kereta dan sebuah treler di Jalan Sungai Siput, Kampung Salak Stesyen, Sungai Siput, kira-kira 31 kilometer dari sini, malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata dua wanita, seorang lelaki, seorang kanak-kanak perempuan dan  seorang bayi yang menaiki kereta jenis Proton Saga BLM maut di tempat kejadian.

“Seorang kanak-kanak lelaki yang  juga berada dalam kereta tersebut dilaporkan cedera parah,”katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 10.26 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, terdapat sebuah kereta Proton Saga BLM telah melanggar treler. Terdapat enam mangsa yang tersepit dalam kenderaan,” katanya. – BERNAMA

Tags

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button
Close
Close