Nasional

Lima kluster baharu Covid-19 muncul

TERDAPAT lima kluster baharu muncul hari ini disamping peningkatan sebanyak 958 kes jangkitan wabak Koronavirus (Covid-19) dilaporkan.

Lima kluster dikenalpasti itu adalah Kasir, Sri Jujur, Oad, Enggor dan Makmur daripada beberapa negeri seperti Sabah, Selangor, Negeri Sembilan, Perak dan Johor.

Peningkatan itu menyebabkan jumlah keseluruhan kluster direkodkan adalah sebanyak 324, sementara masih aktif adalah 167 dan 47 lagi menunjukkan pertambahan kes.

Kluster Kasir (Sabah)

“Kluster Kasir melibatkan daerah Tawau, Sabah. Kes indeks (iaitu kes ke-39,566) merupakan seorang pekerja pasaraya yang dikesan positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 8 November 2020.

“Sehingga 20 November 2020, sejumlah 143 individu telah disaring, di mana 28 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Tawau.


Kluster Sri Jujur (Selangor)

“Kluster Sri Jujur pula melibatkan  daerah Klang, Sepang, dan Petaling, Selangor. Kes indeks (iaitu kes ke-39,977) dikesan positif Covid-19 hasil saringan di tempat kerja pada 8 November 2020.

“Sehingga 20 November 2020, sejumlah 273 individu telah disaring, di mana 41 kes telah dikesan positif Covid-19. Kluster berkaitan tempat kerja ini melibatkan lima  warganegara dan 36 bukan warganegara.

Kluster Oad (Negeri Sembilan, Selangor)

“Bagi Kluster Oad, melibatkan daerah dalam Negeri Sembilan dan Selangor iaitu Seremban, Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Hulu Langat.

“Kes indeks (iaitu kes ke-41,974) dikesan positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 10 November 2020.

“Sehingga 20 November 2020, sejumlah 73 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

“Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban, Hospital Tampin dan Hospital Rembau.

Kluster Enggor (Perak)

“Kluster Enggor pula melibatkan daerah seperti Kerian, Kuala Kangsar, Batang Padang dan Kinta di negeri Perak. Kes indeks (iaitu kes ke-45,072) dikesan positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 13 November 2020.

“Sehingga 20 November 2020, sejumlah 280 individu telah disaring, di mana 12 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

“Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Hospital Teluk Intan dan Hospital Taiping.

Kluster Makmur (Johor)

“Kluster Makmur melibatkan  daerah Kulai dan Johor Bahru, Johor. Kes indeks (iaitu kes ke-51,614) dikesan positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 19 November 2020.

“Sehingga 20 November 2020, sejumlah 68 individu telah disaring, di mana enam kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

” Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang.”

Demikian penjelasan diberikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi satu kenyataan mengenai perkembangan Covid-19 negara hari ini.

Dalam pada itu beliau turut memaklumkan tiga kluster dilapor tamat iaitu Seri Setia, Bina dan Bah Bundle.

“Ini menjadikan jumlah kluster tamat adalah sebanyak 157 kluster,” katanya. – SM

 

(Visited 114 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button