Ekonomi

“Saya nak student saya, kalau dia jual daun kering pun boleh jadi duit,” – Dato Reena

Pengasas Reena’s Cosmetics, Datuk Paduka Dr Siti Aminah atau lebih mesra dengan sapaan, Datuk Reena cukup mementingkan pelajar yang berkualiti jika mahu menceburi bidang keusahawan.

Kata Datuk Reena, perkara itu menjadi keutamaannya sebagai tenaga pengajar kerana beliau tidak mahu kebanyakan produk yang cuba diusahakan berakhir dengan disimpan di bawah katil.

“Saya nak student saya, kalau dia jual daun kering pun boleh jadi duit. Saya juga akan pastikan kesemua student bukan hanya pandai menjual produk kosmetik sahaja.

“Saya akan latih mereka termasuk dari segi pengurusan perniagaan, cara pengasingan duit syarikat dan duit peribadi, asalkan mereka sanggup untuk belajar dan dibimbing,” katanya.

Datuk Reena berkata demikian ketika ditemubual Hasnurul Mohamed di studio Suara Merdeka ketika mempromosikan program Pencarian Usahawan Terhebat.

Reena’s Cosmetic Buka Peluang Orang Ramai Sertai Pencarian Usahawan Terhebat

Mengulas tentang Pencarian Usahawan Terhebat, Datuk Reena menjelaskan idea tersebut tercetus apabila ramai individu mempunyai keinginan namun tiada kemampuan.

“Ada yang bertanya boleh tak saya bayar (modal) sebanyak tiga kali, boleh tak saya ambil 100 unit gincu terlebih dahulu dan ini semua ragam yang telah pun saya temui.

“Maka dari situ, saya nampak keinginan itu ada namun ramai yang tidak mampu dan dalam masa sama, saya sedang mencari legasi untuk mengukuhkan perniagaan sedia  ada,” katanya.

Bagi yang berminat untuk menyertai Pencarian Usahawan Terhebat dan mengikuti kelas bimbingan di bawah kelolaan Datuk Reena, sila hubungi 012-3347777 untuk info lanjut.

Tonton video temubual penuh di sini

(Visited 77 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button