Auto Travel

Lima Golongan Netizen Yang Sesuai Menunggang Yamaha 135LC Fi V8

Model motorsikal keluaran terbaharu Hong Leong Yamaha Motor (HLYM), Yahama 135LC Fi yang juga dikenali sebagai V8 terus mendapat perhatian pencinta dua roda dalam negara ini.

Sepanjang menunggang sendiri Yahama 135LC Fi, motorsikal ini boleh dikatakan agak ringan dan selesa untuk menunggangnya dalam kawasan bandar yang sesak dengan kenderaan.

Dari segi tangki bahan api, kapasiti yang disediakan adalah 4.6 liter sekali gus membolehkan penunggang bergerak dengan lebih jauh atau tidak perlu mengisi minyak secara kerap.

https://youtu.be/ROw6ZyJEarE

Berdasarkan beberapa temubual dan hasil perbincangan awam, Yamaha 135LC Fi hadir sebagai pilihan kepada pengguna dan ia sangat sesuai untuk:


  1. Pengguna yang mahukan motorsikal yang ulang-alik ke tempat kerja
  2. Tidak lagi berminat untuk menggunakan motorsikal yang ada clutch
  3. Mahu beralih daripada motorsikal berkuasa tinggi kepada CC yang lebih rendah
  4. Kegunaan harian dan pergerakan untuk perjalanan jarak dekat
  5. Menyasarkan motorsikal dengan harga bulanan yang rendah

Meskipun motosikal ini dilengkapi dengan paparan ‘Speedometer Digital’ baharu yang memberikan lebih banyak maklumat tunggangan, terdapat juga beberapa kekurangan kecil.

Antaranya, tanda arah bagi lampu isyarat membelok ke kiri dan kanan sedikit mengelirukan kerana yang terpapar adalah seolah-olah isyarat lampu kecemasan (menyala kedua-dua arah).

Selain itu, tayar original yang dibekalkan HLYM untuk motorsikal Yahama 135LC Fi ini sedikit kurang mesra dengan permukaan jalan atau lebuh raya di Malaysia.

Apabila bercakap tentang permukaan jalan atau lebuh raya di Malaysia, ada dua perkara yang perlu diketahui dan kesannya bukan untuk motorsikal model ini sahaja.

Yang pertama, kebanyakan body cover didatangkan dengan kaedah klip dan tidak lagi menggunakan skru seperti sebelum ini, risikonya apabila berulang-kali secara tidak sengaja melalui jalan berlopak, ada kemungkinan klip pada body cover itu boleh tercabut atau patah.

Kedua, permukaan tar bagi jalan atau lebuh raya di Malaysia boleh menjadi licin apabila musim hujan dan bagi penunggang yang kurang kemahirannya, ada risiko untuk tergelincir semasa melakukan brek mengejut.

Hal ini kerana banyak bunga tayar original bagi motorsikal model baharu di Malaysia boleh dikatakan masih ada ruang untuk ditambah baik dari segi cengkamannya.

Apa-apa pun, Yamaha 135LC Fi (V8) ini secara keseluruhannya masih berbaloi untuk dimiliki kerana dari segi harga bulanannya pun masih cukup rendah.

Mengambil salah satu contoh harga yang terdapat di pasaran, Yamaha 135LC Fi boleh dibayar serendah RM250 (5 tahun), RM291 (4 tahun) dan RM361 (3 tahun).

Apa pendapat anda tentang motorsikal model ini? Tulis pada ruangan komen!

(Visited 125 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button