NasionalParlimen

Kuala Pilah berpotensi sebagai destinasi pelancongan

KEMENTERIAN Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerusi Tourism Malaysia mengenal pasti beberapa destinasi di Negeri Sembilan yang berpotensi untuk dimajukan.

Port Dickson yang merupakan kawasan pantai peranginan popular dalam kalangan pelancong domestik dan antarabangsa, PD turut menjadi destinasi perkahwinan popular terutamanya pelancong dari India.

Kuala Pilah juga mempunyai beberapa tempat tarikan pelancongan warisan dan ekopelancongan.

KANAK-KANAK paling seronok dapat mandi sungai yang bersih dan jernih di Taman Rekreasi Ulu Bendul, Negeri Sembilan. – GAMBAR FACEBOOK DIKONGSI MIMIE MALINIE

“Taman Rekreasi Ulu Bendul, Empangan Talang, Perkampungan Budaya Terachi, Bandar Diraja Seri Menanti, Hutan Lipur Batu Maloi, Gunung Pasir dan Jeram Tengkek adalah tempat-tempat yang sentiasa dipenuhi pengunjung  terutamanya pada hujung minggu,” kata Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Khairul Firdaus Akbar Khan.

Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat, hari ini, menjawab pertanyaan lisan oleh Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-Jelebu).

Jalaluddin bertanya apakah kawasan di Negeri Sembilan yang berpotensi untuk dimajukan sebagai kawasan pelancongan berimpak tinggi dan memberi impak ekonomi kepada penduduk setempa

Sehubungan dengan itu, Khairul Firdaus berkata, MOTAC berharap agar Kerajaan Negeri dan Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) dapat bersama-sama dalam usaha menaik taraf kualiti produk dan perkhidmatan pelancongan di kawasan ini.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Khairul Firdaus Akbar Khan

Beliau juga berkata, sepanjang tahun 2021 sehingga 2023, MOTAC telah menyalurkan sebanyak RM6.935 juta bagi pelaksanaan 15 projek fizikal di Negeri Sembilan.

“Dalam hal ini, MOTAC sentiasa mengalu-alukan cadangan Ahli Yang Berhormat dan menyokong sekiranya terdapat sebarang permohonan projek pembangunan yang mampu memberi nilai tambah dan menjadi tarikan utama kepada pelancong domestik mahupun antarabangsa di Negeri Sembilan khususnya pada masa hadapan,” katanya.

Sebarang permohonan projek pembangunan pelancongan perlulah, ujar Khairul Firdaus, perlu selari dengan keutamaan Kerajaan Negeri Sembilan dan dikemukakan melalui UPEN Negeri Sembilan dan pejabat MOTAC Negeri Sembilan bagi tujuan pertimbangan Kementerian Ekonomi. – SM

BACA Melaka intai peluang perkenal sektor pelancongan kesihatan ke negara lain

(Visited 3,984 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button