Agama

Ketua Paderi Afrika Selatan peluk Islam selepas mimpi sesuatu

Kisah yang dilalui oleh seorang lelaki warga Afrika, Ibrahim Richmond, memeluk Islam tiga bulan yang lalu selepas dia bermimpi beberapa kali mengarahkannya memakai penutup kepala berwarna putih.

Yang menariknya beliau selamat menunaikan haji melalui jemputan khas Raja Salman, sebelum ini Ibrahim menjadi ketua gereja sejak 15 tahun lalu dengan jumlah pengikut melebihi ratusan ribu orang.

Ibrahim Richmond, sangat teruja apabila dapat menunaikan haji melalui jemputan kerajaan Arab Saudi

Menurutnya, mimpi itu datang ketika dirinya sedang tidur di sebuah bilik kecil di gereja lalu dia mendengar sesuatu dan menyuruhnya pakai baju berwarna putih.

“Lelaki di dalam mimpi itu memberitahu saya dan mengarahkan pengikut saya memakai penutup kepala putih, pada awalnya saya ingatkan ia hanya bermimpi namun ia sekali lagi datang malah sering berulang-ulang.

“Sehinggalah yang terakhir dalam nada yang agresif meminta saya melakukan perkara yang sama kemudian saya bertemu orang-orang saya menceritakan perkara itu kepada mereka.

“Menakjubkan apabila semua mereka percaya apa yang saya ceritakan dan Allah telah mudahkan saya memeluk Islam, dalam satu perjumpaan sekali lagi kami semua melafazkan syahadah dengan pakaian serba putih memeluk Islam di dalam gereja. “ Jelasnya dalam vedio yang telah tular di media sosial.

Artikle Berkaitan ;>

Dua anak muda ini jejak kaki di Mekah belajar sambil bekerja

 

Gunung ganang di Mekah bertukar hijau

(Visited 195 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button