NasionalNegeri

Raja Perlis terima mengadap Rektor FTU Thailand, Ismail Lutfi

RAJA Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menerima mengadap Rektor Fatoni University (FTU) Thailand, Sheikh Dr. Ismail Lutfi Japakiya di Kangar.

Berangkat sama Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid dan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Yang DiPertua Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menerima cenderamata buku dari Ismail Lutfi Japakiya di Kangar, semalam.

Turut hadir Mufti Perlis, Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Pensyarah di Fatoni University, Prof Dr Abdul Wahab Ismail.

Semasa majlis mengadap berkenaan beberapa isu mengenai kemajuan umat Islam telah dibincangkan.

Di samping itu, Ismail yang merupakan Pengerusi Majlis Antara Agama Untuk Keamanan Thailand (Inter-Religious Council For Peace) dan juga merupakan seorang tokoh agama Islam Selatan Thailand berkongsi pelbagai pengalaman dalam dialog keamanan berlainan agama dengan Baginda Tuanku.

Beliau juga turut membangkitkan tentang kepentingan pengurusan wakaf.

Untuk rekod, MAIPs mempunyai kerjasama strategik yang erat dengan pihak Fatoni University melalui sumbangan sebuah bangunan ‘Majma Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail’ bernilai RM2.3 juta, Penawaran Biasiswa kepada Pelajar FTU serta pelbagai kerjasama akademik antara FTU dengan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) yang bernaung sepenuhnya di bawah MAIPs. – SM

(Visited 92 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button