Hiburan

Separuh akhir Muzik-Muzik dibatalkan malam ini

SEPARUH akhir Muzik-Muzik dibatalkan susulan jangkitan Covid-19 melibatkan penyanyi, Alif Satar.

Alif disahkan dijangkiti Covid-19 pada hari ini iaitu dua hari selepas dia berada di pentas separuh akhir Muzik-Muzik yang disiarkan secara langsung pada Jumaat lalu.

Pengumuman pembatalan itu dibuat menerusi akaun Instagram rasmi Muzik-Muzik 35.

“Atas langkah keselamatan, Muzik-Muzik 35 separuh akhir episod ke 3 malam ini terpaksa ditunda ke tarikh yang akan diberitahu kelak,” katanya.

Separuh akhir Muzik-Muzik 35 yang bermula Jumaat lalu itu sepatutnya akan berakhir pada hari ini.

Malah, 12 lagu yang berjaya layak ke peringkat akhir iaitu Anugerah Juara Lagu juga sepatutnya diumumkan pada hari ini selepas selesai kesemua persembahan.

Sementara itu, akaun Instagram rasmi Muzik-Muzik juga dihujani dengan komen-komen meminta supaya program tersebut dibatalkan.

Rata-rata daripada mereka ingin program tersebut dibatalkan selepas mengetahui Alif dijangkiti Covid-19. -SM

(Visited 940 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button