Politik

Rafizi buka mulut jumpa Sanusi untuk ‘bincang sesuatu’ yang serius

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli buka mulut bahawa beliau ada berjumpa dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor berkenaan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).

Kata Rafizi, memandangkan kini sudah bulan Julai, ada beberapa perancangan besar akan diumumkan yang memberi kesan besar kepada pelaburan dan peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia.

“Untuk bulan ini, saya telah bertemu YAB Menteri Besar Kedah serta wakil kementerian, jabatan, agensi kerajaan dan kerajaan negeri dalam Sesi Libat Urus Kajian Separuh Penggal RMKe-12, 2021-2025.

“Saya ambil peluang membincangkan hala tuju serta pembangunan negeri serta bagaimana Kerajaan Perpaduan dapat membantu negeri Kedah keluar daripada kelompok antara negeri termiskin di Malaysia,” katanya.

Rafizi turut memaklumkan, Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bil.3/2023 juga telah berlangsung.

“Hasil mesyuarat adalah untuk merangka satu perundangan khas bagi mengekang budaya Ali Baba di dalam kitaran ekonomi dan pelancaran Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR) sebagai strategi mengangkat ekonomi negara ke arah peneraju di dalam bidang tenaga boleh baharu di rantau ini,” katanya.

(Visited 190 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button