Nasional

Hawk 108 terhempas: Hishammuddin ucap takziah

SEORANG terbunuh manakala seorang lagi cedera apabila sebuah pesawat Hawk 108 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di landasan Pangkalan Udara Butterworth, pada 10.07 malam ketika sedang melaksanakan latihan penerbangan (Night Flying).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerusi ciapannya di Twitter memaklumkan beliau dimaklumkan mengenai insiden berkenaan oleh Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad.

https://twitter.com/HishammuddinH2O/status/1460638461174501382?s=20

“Baru terima panggilan daripada Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad memaklumkan insiden pesawat Hawk 108 yg terhempas di Butterworth tadi. Seorang anggota kehilangan nyawa, seorang lagi cedera,” katanya.

Hishamuddin yang turut melahirkan rasa dukacita atas insiden berkenaan telah mengarahkan satu siasatan terperinci dijalankan TUDM berhubung insiden berkenaan.

“Takziah kepada keluarga anggota TUDM yang maut dan seorang lagi yang cedera. Amat sedih dan dukacita terima berita ini.

“Saya difahamkan anggota yang cedera telah dibawa untuk rawatan segera. Kementerian Pertahanan juga telah diarah untuk salur apa jua keperluan kepada keluarga kedua-dua anggota terlibat,” ujarnya lagi. – SM

(Visited 426 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button