
Lepasan SPM boleh semak kemasukan ke matrikulasi di sini
SEMUA lepas Sijil Pelajaran boleh semak keputusan permohonan ke pusat-pusat matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia dengan klik lini ini https://matrikulasi.moe.gov.my mulai hari ini.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan memaklumkan semua lepas SPM yang membuat permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2025/2026 boleh semak di link di atas mulai hari ini.
“Pendaftaran secara dalam talian dibuka mulai 22 Mei hingga 21 Jun depan di laman sesawang kolej masing-masing.
“Pelajar perlu mendaftar secara fizikal di kolej matrikulasi mulai 22 Jun 2025 berdasarkan surat tawaran masing-masing,” katanya hari ini.
KPM berkata, pelajar yang tidak berjaya boleh membuat rayuan secara dalam talian di laman sesawang https://matrikulasi.moe.gov.my mulai 21 Mei hingga 21 Jun 2025.
Keputusan semakan rayuan akan diumumkan pada 30 Jun 2025. – SM