Ekonomi

Leon Fuat catat 1,110 peratus kenaikan untung bersih

SHAH ALAM 9 Sept. – Leon Fuat Bhd, hari ini mengumumkan keuntungan selepas cukai RM32.12 juta bagi suku tahun berakhir 30 Jun lalu.

Ia merupakan kenaikan 1,110 peratus berbanding RM2.65 juta yang dicatat bagi suku berakhir 30 Jun 2020.

Leon Fuat merupakan pengeluar dan pedagang produk keluli, mengkhusus di dalam produk rata dan bergulung panjang.

Pengarah Eksekutifnya, Calvin Ooi Shang How berkata, perolehan teguh di dalam PAT adalah didorong oleh peningkatan sebanyak 322.5 peratus dalam keuntungan kasar iaitu RM53.46 juta pada sukunkedua 2021 dipacu oleh keseluruhan margin keuntungan kasar lebih tinggi 17 mata peratus berbanding RM12.65 juta dalam keuntungan kasar yang dicatat pada suku kedua 2020.

“Kumpulan mencatat pertumbuhan sebanyak 73.1 peratus dalam perolehan kepada RM184.78 juta suku tahunan di bawah kajian berbanding RM106.76 juta yang dicatat pada suku kedua 2020. Daripada segi segmen, perolehan daripada produk keluli meningkat 74 peratus kepada RM73.88 juta manakala perolehan daripada pemprosesan produk keluli naik sebanyak 72.7 peratus kepada RM110.85 juta. Bahagian perolehan daripada segmen dagangan adalah sebanyak 40 peratus bagi suku kedua 2021 manakala bahagian daripada segmen pemprosesan adalah 60 peratus,” katanya di sini hari ini.

Leon Fuat berkata bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun lalu, PAT meningkat sebanyak 1,735.5 peratus kepada RM68.23 juta berbanding RM3.72 juta dicatat dalam enam bulan berakhir 30 Jun 2020.

Bagi tempoh yang disemak, PAT disokong oleh peningkatan GP sebanyak 308.8 peratus kepada RM106.80 juta berbanding GP sebanyak RM26.12 juta pada 1H 2020.

Perolehan di dalam GP bagi 1H 2021 didorong oleh peningkatan perolehan sebanyak 74.7 peratus kepada RM396.26 juta berbanding RM226.79 juta yang dicatat bagi separuh pertama 2020 selain keseluruhan margin keuntungan kasar lebih baik yang meraih 15.5 mata peratus kepada 27 peratus pada enam bulan pertama 2021 berbanding 11.5 peratus dalam tempoh sama pada tahun lalu.

Calvin Ooi berkata, pihaknya gembira dengan keputusan positif ini, dan kami kekal optimistik bagi baki tahun ini walaupun wujud ketidaktentuan yang menjejaskan prospek masa mendatang ini.

Ujarnya, lonjakan di dalam harga keluli dunia sejak tahun lepas telah disokong oleh pemulihan ekonomi dan pembukaan perlahan-lahan ekonomi di seluruh dunia. Jangkaan pemulihan ekonomi akan mengembalikan permintaan industri yang diharap dapat mengekalkan momentum menaik bagi sektor keluli.

“Bagi Malaysia, kami melihat usaha melonggarkan sekatan secara perlahan-lahan seiring dengan kemajuan di dalam program vaksinasi di seluruh negara, akan membantu memulihkan semula ekonomi. Kami menyokong langkah-langkah kerajaan untuk mengembalikan masyarakat ke keadaan normal dan menekankan penyegaran semula ekonomi.’’ jelasnya.

(Visited 157 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button