Rencah Hidup

Lensa Karak: “Jangan Tua, Tanpa Cerita” – Rakaman Emosi, Aksi dan Gaya Para Rider

KARAK, 15 Jun 2025 – Dalam suasana jalanan yang berkabus dan udara sejuk pagi Ahad, seorang jurufoto jalanan Eirwan Ahmad berjaya menangkap detik-detik penuh gaya, spontan dan kenangan buat para rider yang berkumpul di Karak.

Album minggu ini diberi tajuk khas: Sesi AHAD | 15 Jun 2025 — dan antara yang mencuri tumpuan lensa ialah si comel “Johny” yang setia duduk di belakang motor sambil ‘behave’ penuh gaya.

“Motor owner pun comel! Seronok tengok pelbagai reaksi riders – dari yang chill hingga yang berjiwa kelajuan,” tulis jurufoto berkenaan dalam hantaran media sosial yang kini tular di kalangan komuniti peminat motosikal dan fotografi.

Dengan kamera Canon R6 Mark II, jurufoto yang menggunakan tanda pagar #PenembakJalanan itu aktif merakam perjalanan pagi Sabtu dan Ahad setiap minggu dari 8.00 pagi hingga 9.30 pagi, khusus buat mereka yang menjadikan Karak sebagai trek kenangan.

Abadikan Memori, Hidupkan Cerita

Melalui rakaman candid dan sudut-sudut perspektif kreatif, gambar-gambar dalam album bukan sekadar foto biasa – tetapi menjadi cerita visual buat setiap penunggang yang terlibat.

“Tugas aku… mengabadikan memori korang ketika ride di Karak. Semoga memory ni boleh jadi lipatan sejarah korang sendiri,” katanya.

Seruan Buat Komuniti: Jangan Tua Tanpa Cerita

Dengan tagline yang cukup mengesankan – “Jangan Tua, Tanpa Cerita” – jurufoto ini mengajak para rider untuk bukan sekadar menunggang, tetapi menyimpan cerita dan detik dalam bentuk visual, yang mungkin suatu hari nanti akan jadi bahan cerita anak cucu.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button