Rencah Hidup

Lemang periuk kera tambat hati orang Perlis

ORANG Pahang dan Johor pastinya sudah kenal dengan lemang periuk kera, tapi pada negeri lain ia masih lagi “rare”.

Bagi orang Perlis pula, boleh merasa keenakan lemang periuk kera yang eksotik ini yang telah siap dimasak.

Peniaga Lemang Ketupat di tepi Shell Seriab, Jalan Kangar-Alor Setar, Hasnifazlina Hassan, 37 berkata, beliau telah menjual lemang periuk kera sejak lima tahun lalu.

Katanya, idea itu tercetus dari kartun Ipin dan Ipin yang sedang ditonton anaknya itu bercerita mengenai lemang periuk kera.

Semenjak itu beliau berhasrat untuk membuat lemang periuk kera selain menjual ketupat palas dan lemang yang menjadi juadah utama di musim perayaan.

Bagaimanapun kata Hasnifazlina beliau perlu mencari pembekal periuk kera terlebih dahulu.

“Alhamdulillah akhirnya saya mendapat bekalan ini daripada seorang orang Asli yang tinggal di Rompin, Johor,” katanya.

Beliau berkata, biasanya satu sarung periuk kera dijual dengan harga 50 sen.

Bagaimanapun katanya, beliau membeli secara pukal di mana setiap guni mengandungi 25 kilogram periuk kera.

Hasnifazlina berkata, beberapa tahun kebelakangan ini permintaan untuk lemang periuk kerana agak rendah.

“Tahun ini nampaknya permintaan naik mendadak sehingga 40 kilogram sehari memandangkan ramai yang balik kampung,”katanya.

Katanya, setiap pek lemang periuk seberat 500 gram ini dijual dengan harga RM15.

“Kami pula menyediakan lemang ketupat periuk kera, ketupat palas dan lemang yang siap dimasak setiap hari,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini lemang periuk kera masih kurang dikenali oleh penduduk tempatan.

“Ada membeli kerana ingin mencuba tetapi kemudiannya datang lagi untuk membeli,” katanya.

Hasnifazlina berkata, lemang periuk kera agak lain rasanya di mana aroma wangi dan sedikit manis.

Beliau berkata, proses membuat lemang ini agak lama terutama ketika mencuci bahagian dalam periuk kera.

Katanya, beliau juga mengurangkan air tapi ditambah dengan santan untuk rasa lembut dan enak.

“Lemang ini dimasak secara kukus dan tahan selama 12 jam ” katanya yang juga menjual pelbagai jenis rendang dan aneka serunding. -SM

(Visited 573 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button