fbpx
Nasional

Lelaki warga Myamar tikam lelaki Bangladesh ditahan

SEORANG lelaki warga Myanmar ditahan kerana disyaki menikam seorang lelaki Bangladesh dengan menggunakan pisau di sebuah kedai peralatan di Batu 7 Jalan Ipoh, Selayang dekat Gombak, semalam.

Difahamkan, kejadian berlak kira-kira pukul 2.20 petang ketika mangsa yang berusia 25 tahun sedang bekerja di kedai tersebut.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, suspek dipercayai mabuk dan secara tiba-tiba telah meminta dua basikal yang dipamerkan namun dihalang mangsa.

“Suspek kemudian beredar sebelum datang semula dengan membawa sebilah pisau sebelum menikam mangsa di bahagian kiri bahu.

“Siasatan juga mendapati suspek bertindak agresif dengan merosakkan barangan di dalam kedai tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Menurut Arifai, mangsa kemudian telah dihantar ke Hospital Selayang dan menerima empat jahitan di bahagian bahu.

Tambahnya, polis akan memohon reman terhadap suspek di Mahkamah Majistret Selayang, hari ini, mengikut Seksyen 324 dan 427 Kanun Keseksaan selain Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen. -SM

(Visited 15 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button