Nasional

Perkembangan teknologi pendidikan bantu pelajar bersikap terbuka- Raja Puan Muda Perlis

RAJA Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil bertitah, kepesatan perkembangan teknologi dalam pendidikan harus dijadikan sebagai satu peluang dalam memberi ilmu kepada golongan pelajar agar bersikap lebih terbuka dalam menjalani kehidupan.

Baginda bertitah, sikap yang lebih terbuka akan memudahkan para pelajar menjalani kehidupan yang menawarkan keistimewaan tersendiri dan ia mampu melahirkan insan yang berlapang dada.

Pada kesempatan yang sama titah Baginda, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis berusaha untuk memperkenalkan beberapa kemahiran kalis masa hadapan yang sesuai seperti Internet of Things (IoT), Information and Communication Technology, Entrepreneurship dan Event Management.

“Diharapkan supaya para pelajar ambillah peluang yang ada untuk meningkatkan ilmu dalam kemahiran-kemahiran yang telah disediakan bagi membantu mereka mendapat sokongan komuniti dalam menyediakan diri ke tahap cemerlang,” titah Baginda.

Raja Puan Muda bertitah demikian ketika berkenan merasmikan penutupan ‘Webinar Yayasan Tuanku Fauziah Siri Ke-10 – Titian Kasih’ yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dengan kerjasama Yayasan Tuanku Fauziah dan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis, petang semalam.

Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah merangkap Pengerusi YTF juga berharap para pelajar terus dikurniakan keazaman yang jitu untuk bersama-sama meningkatkan taraf dan kualiti hidup diri dan masyarakat menerusi Program Titian Kasih yang berslogankan ‘Perlis Hebat! Rakyat Bermentaliti Kelas Pertama Dalam Segala Tindakan’ ini.

Antara topik-topik yang dikongsikan oleh para penceramah undangan bagi sesi akhir program selepas ucapan Pengarah Pendidikan Perlis, Naharudeen Othman adalah ceramah bertajuk ‘Pengurusan Sisa Pepejal’ oleh Pengarah SWCorp Perlis, Shamsuharizal Basir; ‘Masa Depan : Hala Tuju Selepas Peperiksaan’ oleh Pengarah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah, Affendi Rajini Khan, ‘Rumusan Program Titian Kasih’ oleh Ketua Pejabat Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang juga Penyelaras Program Titian Kasih – Mejar Muhamad Azuan Mohamad Nasir dan sesi tazkirah khas ‘Rakyat Bermentaliti Kelas Pertama Dalam Segala Tindakan’ oleh Mufti Perlis : Sahibus Samahah Prof. Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.

Terdahulu daripada itu, majlis perasmian pembukaan telah disempurnakan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Penasihat DiRaja YTF dan juga Pengerusi YTSP Perlis. – SM

(Visited 280 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button