Nasional

Lelaki terlibat pengedaran dadah ditahan

SEORANG lelaki tempatan berusia 29 tahun ditahan kerana disyaki terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang pada kelmarin.

Serbuan dilakukan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu pejabat Polis Daerah Kajang kira-kira pukul 10.40 malam di sebuah kondominium di Kampung Baru Balakong, Selangor.

Ketua Polis Daerahnya, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, suspek dipercayai telah beroperasi sejak enam bulan yang lalu.

“Soal siasat terhadap suspek mendapati bekalan bahan untuk pembungkusan dadah itu diperoleh daripada seorang lelaki lain untuk tujuan pasaran di sekitar Lembah Klang.

BACA> Tindakan ke atas PTI dibuat kerana keselamatan dan kesihatan – KPN

“Kita turut merampas dadah jenis syabu (2.4 kilogram), methamphetamine (760 gram) dan 32 biji pil berwarna biru dan merah disyaki pil ekstasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Zaid, keseluruhan rampasan dadah dianggarkan berjumlah RM317,695.

Jelasnya, turut dirampas ialah sebuah kenderaan mewah BMW X1 yang dipercayai digunakan suspek untuk tujuan pengedaran dadah beserta wang tunai berjumlah RM10,000 hasil daripada aktiviti pengedaran dadah.

“Semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek pernah disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

BACA> Tekong bot berenang satu jam untuk dapatkan bantuan

Tambahnya, suspek telah ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. -SM

(Visited 224 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button