Jenayah

Lelaki tergamam dua kereta disimbah cat merah

Wartawan Suara Merdeka

MELAKA 8 April – Gara-gara tersalah alamat, dua buah kereta telah disimbah cat berwarna merah oleh
individu yang tidak dikenali dalam kejadian di Lorong Haji Ariffin, Tanjong Kling, awal Subuh tadi.

Md. Deris Salleh, 69, berkata, perkara itu disedari isterinya, Jamilah Baba, 62, sewaktu mereka hendak
bersahur kira-kira pukul 4.30 pagi.

Katanya, kereta jenis Proton Pesona paling teruk disimbah cat manakala Proton Saga pula sekadar terkena
serpihan cat tersebut.

Menurutnya, selain dua keretanya disimbah cat merah, pihak tidak bertanggungjawab itu turut meninggalkan
sekeping nota diselitkan di pagar rumahnya.

Katanya, selain tercatat alamat individu lain dan lebih memeranjatkan ugutan yang ditulis dalam bahasa
mandrain berbunyi ‘Sila pulangkan sesuatu kalau tidak saya akan bakar rumah anda.’

“Ugutan hendak membakar rumah benar-benar menakutkan saya sekeluarga kerana ini kejadian pertama berlaku
dan saya sendiri tidak tahu apa yang dimaksudkan ‘pulangkan sesuatu’.

“Yang lebih pelik, alamat yang tertera pada nota tersebut bukan alamat rumah saya. Alamat yang tertera
ialah No 2808 C Batu 6 3/4 Tanjong Kling.

“Jika perbuatan itu dilakukan oleh pemberi pinjaman iaitu Along ini sangat mengejutkan sebab sepanjang
hidup saya tidak pernah membuat pinjaman itu,” ujarnya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Md. Deris menambah ekoran ancaman itu dia telah membuat satu laporan di Balai Polis Tanjong Kling kira-
kira pukul 5.56 pagi tadi.

Sementara itu katanya, insiden itu seolah-olah memberi amaran yang menakutkan ahli keluarganya.

Jelasnya dua kereta tersebut telah dicuci dan kawasan hadapan rumah sudah dibersihkan oleh menantu dan
anaknya sejak awal pagi tadi.

Sementara itu anggota polis di Balai Tanjong Kling mengesahkan mengenai kejadian itu dan telah menerima
laporan tersebut.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan
.

(Visited 279 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button