NasionalPolitik

Polis akan panggil Sanusi beri keterangan tayang kertas undi

SUDAH dilantik semula sebagai Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Md Nor masih terus bikin kontroversi seolah-olah baru semalam dia jadi pengundi pada pilihan raya.

Nak kata Sanusi ni orangnya bodoh, tak kan rakyat negeri Kedah boleh terima seorang Menteri Besar yang dengan sengaja menayang kertas undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah pada 12 Ogos, Sabtu lalu untuk lensa kamera.

Tentulah Sanusi orangnya cerdik tetapi apakah yang mendorong beliau untuk berkelakuan seperti itu?

Natijahnya, Sanusi akan dipanggil polis untuk digambil keterangan kerana menunjukkan kertas undi ketika mengundi pada PRN Sabtu lalu, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, hari ini.

Razarudin berkata, siasatan terhadap Sanusi yang juga merupakan Ahlid Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu akan dilakukan secara adil mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Berani buat, beranilah tanggung ya Sanusi.

Terdahulu, media melaporkan Sanusi didakwa melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana sengaja menayang atau memaparkan secara terbuka kertas undinya kepada petugas media ketika mengundi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Beris Jaya di Sik, Kedah.

Perbuatan Sanusi itu mengundang kritikan pengguna media sosial yang berkongsi gambarnya mempamerkan pilihannya pada kertas undi ketika gambarnya dirakam petugas media, sebelum ia dimasukkan ke dalam kotak undi. – SM

BACA Isu Sanusi belum selesai titah Sultan Selangor

(Visited 62 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button