Nasional

Jangan hadir solat Jumaat jika belum disahkan bebas covid-19 – Mufti

MUFTI Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menggesa mereka yang menyertai perhimpunan jemaah tabligh dan belum menjalani pemeriksaan kesihatan supaya tidak hadir untuk solat Jumaat esok.

Mohd Asri berkata, dikhuatiri jika mereka hadir untuk solat berjemaah termasuk solat Jumaat akan memudaratkan jemaah yang lain.

Tambah beliau, walaupun Perlis belum memutuskan untuk membatalkan solat Jumaat ekoran penularan wabak Covid-19, tetapi mereka yang menyertai perhimpunan tersebut digesa supaya tidak hadir menunaikan solat berjemaah di masjid.

BACA: Satu kes Covid-19 dilaporkan hadir himpunan 10,000 tabligh di Masjid Sri Petaling

Mohd Asri berkata, beliau sedar memang dalam kalangan masyarakat ada yang sangat mementingkan solat berjemaah di masjid, tetapi di dalam situasi sedemikian ia perlu dielakkan.

“Memang hati mereka tertambat di masjid, tetapi kepentingan jemaah lain harus diutamakan,” katanya.

Bahkan jika sesiapa yang merasakan dijangkiti apa juga penyakit yang boleh merebak, tidak sepatutnya datang ke masjid sehinggakan menyebabkan penularan berlaku.

Menurut Mohd Asri, mereka yang merasakan lemah dan mudah dijangkiti penyakit juga boleh tidak hadiri untuk solat Jumaat dan menggantinya dengan menunaikan solat zohor di rumah.

Mengulas tentang cadangan supaya dipendekkan solat Jumaat esok, Mohd Asri berkata, ia adalah satu cadangan dan perlu dibahaskan terlebih dahulu di peringkat negeri kerana urusan agama di negeri-negeri adalah di bawah takluk kuasa sultan dan raja.

BACA: Tidak perlu henti solat Jumaat – Zulkifli

 

 

(Visited 113 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button