JenayahNasional

Lelaki rakyat Malaysia jalankan judi dalam talian ditahan polis Thailand

SEORANG lelaki rakyat Malaysia yang disyaki menjalankan perniagaan perjudian dalam talian ditahan polis Thailand di Wilayah Sa Kaeo.

Suspek disyaki menjalankan perniagaan perjudian dalam taliannya di Aranyaprathet, sebuah bandar berhampiran sempadan Thailand-Kemboja.

Menurut Timbalan Ketua Polis Bahagian Imigresen 3, Kol. Ratchapong Tiasoot, selepas pihaknya mendapat maklumat, polis menyerbu dua buah rumah sewa.

Katanya, dalam serbuan itu, polis turut menahan 10 lelaki termasuk seorang rakyat Malaysia berusia 33 tahun dan sembilan warga Thai.

Beliau berkata, serbuan itu dilakukan di Wilayah Sa Kaeo iaitu di bahagian timur Thailand pada 17 Disember lalu.

“Polis turut merampas wang tunai 500,000 baht (RM67,477), sebuah kereta mewah, komputer dan telefon serta menemukan 22 akaun bank milik suspek warganegaa Malaysia.

“Suspek yang berusia 33 tahun itu mengaku dia menjalankan perjudian dalam talian termasuk loteri haram, baccarat, slot dan juga pertaruhan bola sepak,” katanya pada pemberita.

Ratchapong berkata, siasatan awal mendapati, suspek mengaku mengalihkan operasi perjudian dalam talian dari Kemboja ke Thailand pada Februari lalu berikutan penularan wabak Covid-19. – SM

(Visited 267 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button