Nasional

9.2 juta lengkap dua dos, 16.1 juta satu dos

JUMLAH individu dewasa di Malaysia yang lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19 kini berjumlah 9.246 juta orang atau 39.5 peratus.

Sementara 16.119 juta atau 68.9 peratus individu dewasa telah menerima satu dos suntikan vaksin Covid-19.

Data Jawatankuasa Khas Jaminan Akxses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menunjukkan Labuan mencatatkan peratusan tertinggi individu yang telah mendapat dua dos suntikan iaitu 86.6 peratus.

Diikuti Sarawak (76.0 peratus), Lembah Kelang yang merangkumi Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur (55.8 peratus) dan Negeri Sembilan (54.2 peratus).

Perlis (49.3 peratus), Melaka (35.3 peratus), Terengganu (32.9 peratus). Perak (31.0 peratus), Pulau Pinang (30.5 peratus), Kedah (27.5 peratus), Pahang (27.1 peratus), Kelantan (26.4 peratus), Johor (22.2 peratus) dan Sabah (17.9 peratus).

Sehingga semalam sejumlah 25.366 juta dos vaksin telah diberikan kepada rakyat.

JKJAV turut melaporkan sejumlah 357,981 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 160,320 dos pertama dan 197,661 dos kedua.-SM

(Visited 76 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button