Sukan

Team DYMM SSPJ tumpaskan Ex Recce di KGP

‘Team DYMM SSPJ’ yang dibarisi oleh para pemain daripada Kelab Golf Putra (KGP) Perlis dengan 384 mata menumpaskan pasukan ‘Ex Recce’ dengan 359 mata dalam pertandingan golf yang diadakan di Lapangan Golf KGP Perlis di Sungai Batu Pahat, Perlis.

Juara keseluruhan digondol oleh Zulkifli
Said dari ‘Team DYMM SSPJ’ dengan 47 mata. Sementara itu dalam kategori pasukan, Mohd Nizar Mohd Shahab, 43 mata mengungguli bagi pasukan ‘Team DYMM SSPJ’ manakala Brigedier Jeneral (B) Saari Omar menang bagi pasukan ‘Ex Recce’ dengan 41 mata.

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah bt Almarhum Tengku Abdul Rashid berkenan berangkat menyempurnakan majlis penyampaian hadiah yang diadakan di Mess Pegawai Kanan Polis DiRaja Malaysia, Jalan Raja Muda, Kangar baru-baru ini.

Berangkat sama ialah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Tuanku Presiden Kelab Golf Putra Perlis dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Dalam titah ucapan baginda, Tuanku Syed Sirajuddin mengalu-alukan pasukan ‘Ex Recce’ bertandang ke Perlis. Suatu ketika dahulu sejurus selepas menamatkan latihan di Royal Military Academy Sandhurst, baginda sendiri pernah berkhidmat sebagai seorang pegawai dalam ‘Recce Corps’ atau ‘Kor Peninjau DiRaja’ dalam Angkatan Tentera Malaysia. Recce kemudian diubah namanya menjadi Kor Kavalri DiRaja dan terkini sebagai Kor Armor DiRaja.

Tuanku Raja juga masih bersemangat tinggi dan berjiwa ‘Recce’ dan berkongsi mengenai beberapa kenangan dan pengalaman perkara-perkara yang luar biasa ketika bersama kor berkenaan.
Banyak yang baginda pelajari sepanjang berada dalam pasukan Recce termasuklah
warganya tanpa mengira agama dan bangsa sentiasa memberi sokongan dan semangat yang padu antara satu sama lain dan itulah elemen yang paling penting dalam memastikan kekuatan sesebuah pasukan dan juga negara seperti Malaysia ini.

(Visited 277 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button