Hiburan

Lelaki nekad hadir temuduga walaupun baru dirempuh kereta

SEORANG lelaki yang baru terlibat dengan kemalangan langgar lari sanggup datang temuduga di syarikat milik pelakon dan penerbit, Erma Fatima.

Kecekalan lelaki itu dipuji Erma Fatima yang terus mengambilnya bekerja walaupun lelaki itu memerlukan tempoh masa selama sebulan untuk pulih.

Erma menerusi akaun Instagramnya berkata, lelaki itu ke syarikatnya dalam keadaan berdarah semata-mata untuk menyelesaikan sesi temuduganya.

Kesan luka yang dialami lelaki tersebut akibat kemalangan sebelum hadir temuduga bersama Erma Fatima

“Terketar-ketar dia di depan saya menahan sakit. Saya dah suruh dia ke hospital namun dia tetap paksa aku untuk temuduganya.

“Awak sangat cekal dik. Susah nak dapat orang secekal ni kerana dalam keadaan begitu, kau masih berusaha juga untuk hadir temuduga,” katanya.

Menurut Erma, dia diberi makluman yang lelaki itu patah tulang rusuk dan bengkak di bahagian hati akibat kemalangan tersebut.

Jerlasnya, dia turut menerima lelaki itu bekerja kerana kecekalannya biarpun perlu menunggu lebih kurang sebulan untuknya pulih.

“Dia ada suruh bagi jawatan tu pada orang lain tetapi saya akan tunggu sebab kecekalannya. Moga begitu jugalah dedikasinya dala mencari rezeki.

“Saya doakan dia cempat sembut dan jawatan untuk dia sentiasa ada di syarikat. Saya tunggu,” jelasnya.

Lelaki itu sebelum ini tular di laman sosial selepas video dia dilanggar lari sebuah kereta yang secara tiba-tiba cuba menukar simpang dirakam pengguna jalan raya yang lain. -SM

(Visited 195 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button