Politik

Ahli Parlimen PKR naik bas dua tingkat ke Istana Negara

SEMALAM Ahli Parlimen Pas dan UMNO menaiki bas persiaran untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara bagi menguraikan kemelut politik akibat beberapa pemimpin Pakatan Harapan keluar dari parti itu.

Hari ini Ahli Parlimen PKR pula menyewa bas dua tingkat  “hop-on, hop-off” ke Istana Negara. Bas tersebut selalu digunakan untuk membawa pelancong ke kawasan-kawasan menarik di ibu negara.

Antara yang dilihat menaiki bas tersebut adalah Ahli Parlimen Permatang Pauh MP Nurul Izzah, Ahli Parlimen Setia Wangsa  Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Parlimen Selayang  William Leong dan Ahli Parlimen Balik Pulau Muhammad Bakhtiar Wan Chik.

[BACA ARTIKEL] UMNO, Pas sepakat naik bas menghadap Agong di Istana

Sejak semalam Baginda melakukan temu bual terhadap Ahli Parlimen untuk mengetahui sokongan mereka bagi menubuhkan kerajaan baharu berikutan terbubarnya Kerajaan Persekutuan yang diterajui Pakatan Harapan.

Proses itu akan disaksikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali.

Setiap Ahli Parlimen diperuntukkan antara dua hingga tiga minit untuk menyatakan pandangan masing-masing, sepanjang temu bual berlangsung.

Hari ini melibatkan baki lagi 131 Ahli Parlimen dipanggil menghadap baginda dengan keseluruhan proses temu bual ini dijangka tamat pada jam 7 malam nanti.-SM

(Visited 434 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button