fbpx
Nasional

Lelaki maut ketika mendaki bukit

SEORANG lelaki warga emas berusia 61 tahun meninggal dunia ketika mendaki bukit di Bukit Besi, Alam Damai, Cheras, Kuala Lumpur.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dalam kenyataannya berkata, pihaknya mnerima panggilan kira-kira pukul 8.02 pagi tadi.

Komander Operasi, Abdul Razak Deraman berkata, sebanyak tujuh anggota dikerah ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi, pihak perubatan telah mengesahkan mangsa meninggal dunia ketika melakukan aktiviti mendaki bukit.

“Kita kemudian membawa turun mangsa ke bawah unuk diserahkan kepadap pihak polis,” katanya. -SM


Show More

Related Articles

Back to top button