Nasional

Lelaki maut dihempap kereta sendiri

SEORANG pemandu e-hailing maut dihempap keretanya sendiri ketika sedang melakukan pembaikan di tempat letak kereta kediaman di Presint 5 di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A.Asmadi Abdul Aziz berkata, mangsa Mohammad Azim Mohamad Sanusi, 29, sedang menukar minyak enjin dan membaiki brek kanan hadapan Perodua Bezza miliknya sebelum dihempap kereta itu kira-kira tengah hari.

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini, sambil menambah semakan lanjut mendapati tiada unsur jenayah.

Mangsa dibawa ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat, katanya. -SM

(Visited 216 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button