Jenayah

Lelaki maut, abang, isteri dan anak cedera

MELAKA 8 Februari – Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya dinaiki tiga penumpang lain terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori membawa muatan kurier di Lebuh Utara-Selatan di KM215.1 arah ke Selatan awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superetendan Arshad Abu berkata, mangsa yang maut itu adalah pemandu kereta jenis Proton Wira dikenali sebagai Nor Azli Abdul Fatah, 25, berasal dari Kampung Bunga Batu 3, Semporna, Sabah meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, Mohammad Fouzi, 33, yang juga abang kepada mangsa yang maut, duduk di penumpang hadapan mengalami kecederaan parah manakala isteri Nor Azli, Isma Zaria Alhamlima, 25, cedera dibahu manakala anaknya, Muhammad Adwa Iman, 2,tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, pemandu lori Mittsubishi yang membawa muatan barang kurier dikenali sebagai N. Arumugam, 54, dan
kelindannya, N.Loganathan, 49, tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Dalam kejadian pukul 5.30 pagi, kereta yang dipandu oleh Nor Azli dalam perjalanan pulang ke rumah keluarga isterinya di Batu Pahat, Johor dari Bandar Sunway manakala lori berkenaan dari Sungai Petani, Kedah menuju ke Johor Bahru.

“Hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila kereta yang dipandu Nor Azli dipercayai telah hilang kawalan dan melanggar besi penghadang jalan sebelah kiri sehingga berpusing.

“Lori yang datang dari arah yang sama tidak sempat brek dan mengelak ke kanan sehingga melanggar kereta tersebut hingga diseret dari lorong sebelah kiri ke lorong sebelah kanan,” ujarnya hari ini.

Arshad berkata, pemandu kereta Proton Wira itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya telah dialihkan oleh pihak bomba di atas jalan di lorong sebelah kanan.

Menurutnya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat manakala abang, isteri serta anaknya turut mendapat rawatan di hospital yang sama.

Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan PJ 1987.

(Visited 420 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button