Luar Negara

Lelaki lukis gambar terbesar seluas 629.9 meter persegi

SEORANG artis di India telah memecahkan Guinness World Records bagi lukisan individu terbesar kerana telah mencipta karya seluas 6,781.04 kaki persegi atau lebih kurang 629.9 meter persegi.

Menurut UPI, Ravi Soni yang berusia 42 tahun dari Udaipur, Rajasthan, menggunakan kanvas PVC gergasi untuk menyiapkan lukisannya yang bertajuk ‘Pokok Kehidupan’.

Dia melukis lukisan itu dalam masa 24 jam, 33 minit yang dibahagikan selama lima hari.

Dia memecahkan rekod yang ditetapkan pada 2020 oleh coretan seorang artis Itali seluas 6,119 kaki persegi.

Dalam seninya, Soni berkata, dia diilhamkan oleh pokok Baobab, yang terkenal dengan umur panjangnya.

“Pokok Baobab adalah gambaran klasik dan contoh untuk terus bertahan dalam kesusahan dan ia sejajar dengan keadaan semasa saya dan oleh itu memberi inspirasi kepada saya untuk melukisnya.

“Saya juga terpesona dengan bentuk dan saiznya yang ganjil, menyebabkan saya memilih pokok ini untuk dilukis,” katanya kepaada The Indian Express. – SM

(Visited 295 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button