Nasional

Lelaki lempar kucing akhirnya serah diri

LELAKI yang tular kerana melempar seekor kucing hanya kerana haiwan itu duduk di keretanya telah menyerah diri di Balai Polis Setapak kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Rajab Ahad Ismail berkata, suspek yang berusia 36 tahun tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

“Suspek kini dalam proses memberikan keterangan lanjut kejadian kepada pegawai penyiasat kes.

“Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 29 (1) (a) Akta Binatang 1953 (Pindaan 2013),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Rajab, sesiapa yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan pegawai penyiasat, Inspektor Siti Aisyah Mohd Nor di
talian 013-933 8214 atau pegawai penyiasat kanan, Asisten Superintenden Shahrizal Salleh di
talian 017-713 4705.

Perbuatan suspek melempar kucing itu mendapat kritikan orang ramai selepas aksinya itu dirakam kamera litar tertutup dan tular di laman sosial.

Kejadian difahamkan berlaku di kawasan meletak kenderaan deretan kedai yang terletak di Jalan Rejang, Setapak, Kuala Lumpur.

Tindakan suspek juga dipercayai telah mengakibatkan beberapa kecederaan terhadap kucing yang mempunyai pemilik itu. -SM

(Visited 299 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button