Jenayah

Lelaki hunus keris, batang besi berjaya dicekup polis

Seorang lelaki bersenjatakan keris dan sebatang besi berjaya dicekup polis berhampiran sebuah resort di Pulau Besar petang semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, dalam kejadian pukul 2.15 petang itu polis mengatur gerak menangkap suspek berusia 45 tahun selepas mendapat maklumat menerusi aplikasi WhatsApp daripada salah seorang pengawalkeselamatan di resort berkenaan.

Menurutnya, lelaki tempatan yang tidak dikenali itu menceroboh resort tersebut selepas memotong dawai di bahagian cafe di resort tersebut.

“Kehadiran suspek disedari pengawal keselamatan yang bertugas lalu cuba menahannya namun lelaki itu bertindak menghunuskan sebilah keris dan sebatang besi.

“Ketika seorang lagi rakan pengawal keselamatan datang cuba membantu, suspek terus melarikan diri. Sejurus menerima maklumat itu, anggota dari Balai Polis Kandang terus ke tempat kejadian,” ujarnya di sini hari ini.

Christopher berkata, hasil tindakan pantas, polis berjaya memberkas suspek bersama sebilah keris dan sebatang besi panjang yang ketika itu menyorokkan diri di sekitar resort tersebut.

Katanya, hasil siasatan suspek mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Jelasnya, lelaki berkenaan kini ditahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu berkaitan ugutan jenayah dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali.

Lelaki itu katanya, telah ditahan reman selama empat hari sehingga Sabtu ini. – SM

(Visited 106 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button