Nasional

Lelaki hempas botol minuman, buat bising kerana berang ditahan polis

SEORANG lelaki yang berang telah menghentak botol minuman dengan tujuan membuat provokasi kepada polis selepas ditahan di sebuah pub di Jalan Pandan Indah, tengah malam tadi.

Malah, lelaki berusia 36 tahun itu juga telah mengganggu pihak berkuasa dengan cara membuat bising walaupun telah diberi amaran sebanyak tiga kali

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, lelaki berusia 36 tahun itu antara pengunjung yang ditahan dalam Operasi Krismas di sekitar Ampang Jaya.

Gambar ihsan IPD Ampang Jaya

“Selain itu, sebanyak 51 orang pelanggan dan enam orang pekerja telah dikenakan kompaun kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kesemua mereka dikompaun kerana tidak menjaga penjarakan sosial manakala pub pula didapati beroperasi lebih masa,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Farouk memberitahu yang lelaki tersebut telah ditahan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam. -SM

(Visited 508 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button