BeritaPolitik

Sibuk broker tanah, twitter, KL Kota Buku Dunia dilupa

Rupa-rupanya penganjuran KL Kota Buku Bunia 2020 terletak di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Dek kerana terlalu sibuk berpolitik bos mereka Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad seolah-olah terlepas pandang. Ramai juga yang terfikir program besar-besaran dianugerahkan oleh UNESCO kepada Malaysia ini adalah dikendalikan oleh Perbadanan Kota Buku iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian Pendidikan.

Tiada program yang signifikan setakat ini dilaksanakan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat berhubung acara yang sangat besar ini.

Ahli Parlimen Bachok, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, membangkitkan isu berkenaan di Parlimen kerana sehingga kini masih tiada sebarang program khusus bagi meningkatkan promosi di peringkat domestik dan antarabangsa.

Kebimbangan itu ada kewajarannya kerana kita tidak mahu negara terus dimalukan lagi dengan isu kegagalan pengendalian acara yang menjadi tumpuan dunia.

Mungkin Khalid boleh lupakan sekejap tentang tanah Kampung Baru, ciapan mengenai Najib di twitter, tetapi berilah tumpuan kepada acara yang besar dan agenda peringkat dunia ini.

(Visited 86 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button